Blogger Templates

Saturday, 10 December 2011

Tanda-tanda bayi anda sudah bersedia menerima makanan

Jika bayi anda telah mencapai umur empat bulan (bayi menyusu susu formula) dan enam bulan (bagi bayi menyusu susu ibu secara eksklusif) dan mempunyai tanda-tanda berikut, maka anda bolehlah mula memberinya makanan pejal :
Kepala bayi tegak dan tidak bergoyang ketika dalam keadaan badannya tegak. 

Boleh duduk dengan sedikit sokongan daripada orang dewasa.

Berat badannya sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada berat lahirnya.

Menunjukkan tanda-tanda lapar walaupun telah disusukan lapan hingga sepuluh kali.

Menunjukkan minat terhadap makanan yang dimakan oleh orang dewasa.

Bayi anda juga mungkin akan cuba untuk mencapai makanan yang sedang anda makan.

Tidak menolak dengan lidah atau meluahkan makanan yang disuapkan ke mulutnya.

Boleh mengunyah dan menelan dengan baik makanan yang disuapkan.

Bayi boleh memegang makanan dengan tangannya.

Kenapa Perlu Tunggu?

Kebaikan Untuk Bayi :

 Sistem penghadaman bayi yang berusia kurang enam bulan belum matang dan dia tidak dapat menghadam makanan dengan sempurna menyebabkan masalah seperti bayi muntah, sembelit dan juga cirit-birit.

Lebih awal bayi diperkenalkan dengan makanan lain selain daripada susu ibu, lebih mudah bayi tersebut berkemungkinan mendapat alahan atau alergi terhadap makanan tersebut.

Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan dapat mengurangkan risiko gastrointestinal, pernafasan dan jangkitan telinga pada bayi.

Bayi yang berusia lebih enam bulan dapat mengambil bahagian secara lebih aktif semasa makan seperti mencapai makanan jika masih mahu makan atau berpaling jika sudah kenyang.

Makanan pejal akan mengurangkan jumlah susu yang bayi ambil.

Bayi yang makan makanan pejal terlalu awal mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi gemuk apabila besar nanti berbanding dengan bayi yang memulakan makanan pejal pada masa yang sesuai.

Menyuap makanan pejal kepada bayi yang belum duduk adalah lebih sukar dan kadang-kadang mengecewakan bayi dan anda sendiri.

Kebaikan Untuk Ibu Yang Menyusu: 

Ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif lebih lama akan mudah menurunkan berat badan.

Cara semulajadi untuk menjarakkan kelahiran kerana haid datang lebih lambat.

Bekalan susu ibu yang lebih stabil.



Wednesday, 7 December 2011

BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN

Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya.

ELAKKAN MEMAKAI KASUT TUMIT TINGGI KETIKA HAMIL

Semasa hamil,pemakaian kasut bertumit tinggi harus dielakkan. Lihat sahaja kebanyakkan wanita hamil hanya memakai kasut rendah atau jenis sandal sahaja. Bagi wanita bekerjaya yang sentiasa memakai kasut tumit tinggi, mungkin situasi hamil menghalang anda untuk bergaya dengan kasut tinggi.

Perut yang semakin membesar akan mendorong tubuh ke depan. Bagi mengimbangi postur tubuh ini, ia akan membebankan punggung untuk melengkung ke belakang. Keadaan menjadi bertambah teruk sekiranya ibu hamil memakai kasut bertumit tinggi. Tubuh akan semakin condong ke hadapan dan menambah lagi beban pada pinggang dan ternyata hal ini akan menyebabkan sakit pinggang dan cepat kepenatan.


Jangan beranggapan kehamilan masih belum membesar membolehkan anda berkasut tinggi. Kasut tinggi akan mengurangkan kestabilan tubuh. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan anda terpelecok mahupun jatuh. Situasi ini amat membahayakan janin.


Langkah terbaik adalah berkasut rendah sepanjang kehamilan. Selain kurangkan risiko sakit pinggang dan terjatuh, ia juga selesa untuk dipakai. Tidak semestinya dengan memakai kasut rendah anda tidak boleh bergaya, yang lebih penting adalah kandungan anda. Apalah erti cantik dan bergaya jika kesihatan terganggu.


*Bagi kelihatan bertenaga dan boleh berjalan dengan cergas, elakkan daripada memakai sepatu tumit tinggi yang boleh menyebabkan betis dan bahagian kaki anda terasa penat dan kejang.


*Digalakkan memakai kasut tanpa tumit yang lembut ataupun jika masih berkeinginan untuk bergaya seperti wanita yang lain, pilihlah yang setinggi satu atau dua inci sahaja.


*Wanita yang hamil ini di nasihatkan memakai kasut jenis kulit atau kanvas yang berudara kerana kasut jenis ini tidak akan memerangkap lembapan.


*Untuk lebih selesa, mereka digalakkan memakai kasut sukan kerana ia akan memberi keseimbangan.


Jika masih berkeinginan untuk bergaya dengan kasut tumit tinggi, disarankan memakainya ketika kandungan belum lagi mencecah usia enam bulan.

Tambahnya, selepas enam bulan, lebih baik memakai kasut yang bertumit rendah dan lebar bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Tip untuk penjagaan kaki semasa mengandung


* Elak berdiri untuk jangka masa yang panjang tanpa rehat.


* Memakai stoking dengan kasut bertutup akan menambah keselesaan pada kaki.


* Mengangkat atau meninggikan kaki apabila perlu dan jika kaki mengalami kesakitan, cuba rendam kaki untuk seketika.


Harap tips nie membantu.


Sumber Majalah Ibu Hamil.

Susu Ibu Elakkan Bayi Gemuk

PENGGUNAAN botol dan puting susu perkara biasa di kalangan ibu bagi menggantikan susu ibu untuk memastikan bayi mereka mendapat khasiat mencukupi untuk tumbesaran terutama apabila berada di tempat asuhan kanak-kanak.

Namun, tahukah anda penggunaan botol susu dan puting susu boleh memberi kesan jangka panjang kepada bayi.


Keadaan itu disebabkan teknik penyusuan berbeza kerana apabila bayi menyusu badan, lidah dan rahangnya perlu bergerak seiring dengan lidahnya yang perlu berada di bawah areola iaitu kawasan berpigmen (coklat) di sekeliling puting payudara dan menekannya ke lelangit.


Keadaan itu menyebabkan tisu di bahagian berkenaan mengalami tekanan dan memanjang mengikut corak hisapan penyusuan bayi terbabit.



Kemudian, bayi akan menjatuhkan bahagian belakang lidahnya untuk membentuk alur bagi membolehkan susu mengalir dari puting ke tekaknya.



Dia akan berhenti seketika untuk menelan susu sebelum mengambil nafas manakala bibirnya akan tetap berada di kawasan sekeliling payudara dan membentuk keadaan yang rapat dan ketat dalam mulutnya.


Pakar Pediatrik dan Penasihat Penyusuan, Dr Balkees Abdul Majeed berkata, keadaan berbeza apabila bayi menggunakan botol.


Katanya, susu akan terpancut keluar dengan laju dan anda boleh menyedarinya apabila susu menitis jika anda memegang botol secara terbalik.


Menurutnya, untuk memastikan bayi tidak tercekik, secara automatik dia akan mengangkat lidahnya dan menggunakannya sebagai penahan aliran susu terbabit.


“Sepanjang proses menyusu, bayi hanya perlu menekan puting getah yang keras tanpa menggunakan rahangnya untuk menghisap susu.


“Tidak seperti penyusuan susu ibu iaitu bayi perlu berusaha untuk mengeluarkan susu kerana mungkin aliran susu akan banyak pada peringkat awal dan menjadi semakin perlahan. Ini menyebabkan bayi perlu mengulangi proses hisapan berkenaan dengan lebih kuat,” katanya.


Dr Balkees berkata, kaedah penyusuan susu ibu menyebabkan bayi kurang cenderung menjadi gemuk berbanding bayi menggunakan botol susu kerana mereka mengawal pengambilan susu sendiri dengan cara tempoh serta corak meminum susu yang lama dan bersungguh-sungguh.


“Bayi yang minum menggunakan botol susu biasanya akan menghabiskan susu mereka bukan disebabkan rasa lapar tetapi disebabkan gemar menghisap kerana proses mendapatkan susu lebih mudah.


“Disebabkan perbezaan kaedah susuan ini ia mewujudkan permasalahan terutama pada awal minggu kelahiran apabila bayi cuba memahirkan diri dengan teknik menghisap susu yang berbeza,” katanya.


Katanya, pada peringkat awal penyusuan, bayi juga boleh terkeliru dengan penggunaan puting berkenaan sama ada ia diperkenalkan secara khusus ataupun tidak kerana teknik penyusuan susu ibu memiliki faktor pembelajaran yang tinggi walaupun ada kalanya terdapat bayi yang dilahirkan seolah-olah mengetahui dengan tepat apa yang perlu dilakukan mereka untuk makan (minum susu).


Di samping itu, sesetengah ibu yang memberikan puting pada anak untuk dihisap, mendapati penghasilan susu badan mereka sedikit. Ini disebabkan badan mereka tidak mendapat rangsangan secukupnya untuk menghasilkan susu untuk si kecil.


Jika bayi terjaga daripada tidur dan membuat gerakan atau bunyi-bunyian dengan mulut ataupun menghisap genggaman tangannya, ia menunjukkan bayi terbabit dalam keadaan lapar dan ingin menyusu.


Adalah penting untuk ibu menyusukan bayi mereka pada awal tanda yang menunjukkan bayi mereka lapar bagi membolehkan bekalan susu yang baik boleh dihasilkan.


Dr Balkees berkata, teknik menghisap puting berkenaan memerlukan kemahiran otot yang berbeza berbanding penyusuan badan dan ia boleh menyebabkan bayi sukar mempelajari cara menghisap susu badan yang betul sekiranya mereka didedahkan dengan penggunaan bahan terbabit pada peringkat awal.


Bagaimanapun, katanya, Akademi Pediatrik Amerika (AAP) pernah mengemukakan cadangan pada 2005 mengesyorkan penggunaan puting pada waktu tidur bayi adalah untuk mengelakkan berlakunya Sindrom Kematian Bayi Secara Tiba-Tiba (SIDS).


Bagaimanapun, mereka memberi penekanan ia tidak seharusnya dimulakan sebelum bayi berusia satu bulan, namun cadangan yang cuba diketengahkan ini menjadi kontroversi kerana ramai pakar beranggapan ia tidak disertakan dengan bukti kukuh yang menyokong kepada cadangan yang ingin dilakukan itu.


Selain itu, Dr Balkees berkata, antara kesan yang boleh dilihat kepada bayi yang menggunakan botol susu adalah mereka akan mengalami masalah pertuturan.


“Kesan penggunaan jangka lama botol susu dan puting pada gigi bagi kanak-kanak berusia bawah tiga tahun akan menyebabkan proses pertuturan mereka menjadi lambat.


“Ia akan menyebabkan banyak permasalahan kepada kanak-kanak terbabit terutama dari segi kualiti pembelajaran mereka,” katanya.


Di sebabkan itu, pemberian susu ibu adalah sumber makanan terbaik bagi bayi.

Bagaimanapun, bagi wanita yang pertama kali menjadi ibu, teknik penyusuan yang tidak betul mungkin mengurangkan motivasi untuk menyusukan bayi.

Namun ibu muda masih memberikan susu awal atau kolustrum walaupun bukan secara penyusuan terus daripada payudara. Keadaan inilah yang menyebabkan ramai cenderung menggantikan kaedah penyusuan badan dengan botol.


Dr Balkees berkata, jika keadaan ini berlaku, penggunaan cawan dianggap lebih sesuai untuk menggantikan botol dan puting bagi mengelakkan dan mengurangkan kekeliruan antara kaedah penyusuan badan dengan botol.


“Ia perlu diperkenalkan secara berperingkat seawal usia enam bulan supaya bayi tidak mengalami kejutan disebabkan peralihan itu.


“Selepas 12 hingga 18 bulan, sepatutnya ibu bapa sudah mula memastikan bayi tidak lagi bergantung kepada botol susu dan puting kerana ia boleh memberikan kesan yang kurang baik,” katanya.


Di samping itu, untuk memastikan keselesaan antara ibu dan bayi ketika memberikan susuan, bayi hendaklah diletakkan dalam posisi yang betul iaitu:



# Kepala dan badan perlu tegak bukan membongkok.


# Muka bayi menghadap payudara dan mencapai payudara (bayi sepatutnya mampu melihat wajah ibu bukan dada ataupun perut).


# Kedudukan bayi dekat dengan ibu.


# Keseluruhan badan bayi disokong sepenuhnya bukan hanya kepala dan bahu.

Penggunaan botol boleh menyebabkan hubungan kurang baik antara ibu dan anak iaitu bayi hanya berpaut pada puting ibu saja mengakibatkan kesakitan pada puting, pengurangan pengeluaran susu badan disebabkan ketidakaktifan penyusuan serta menjadikan payudara membengkak disebabkan mastitis (penyakit radang (bengkak) susu).

ARTIKEL:BERITA HARIAN

Monday, 5 December 2011

Jom ke Muzium Negara

salam mommies semua....ha cuti sekolah dah lama bermula, ibu2 semua bw anak2 kemana yer..kalau ada yg x tau nak kemana apa kata kita ke muzium negara..nak tau apa ada kat sana..haaa pertama kali diadakan di Malaysia, pameran animasi yg diberi nama ‘Jejak Upin & Ipin’ .. pameran nie akan berlangsung pd setiap hari, bermula 26 Nov - 31 Dis 2011 jam 9.00 pg - 5.00 ptg...Pelbagai bahan pameran menarik yang telah disediakan di antaranya bagaimana proses sebuah animasi disiapkan, Replika Rumah Opah, pencapaian syarikat Les’ Copaque Production dari dalam dan luar negara, serta pelbagai bahan pameran yang berkaitan dengan latarbelakang Upin & Ipin.

Pameran yang berlangsung selama 31 hari ini direka khas bagi pengunjung serta peminat setia Upin & Ipin yang masih belum berkesempatan melihat karakter itu secara dekat dan mengetahui bagaimana ia dicipta. Oleh itu, pihak Les’ Copaque Production berusaha untuk memenuhi permintaan para peminat yang datangnya dari seluruh pelusuk negeri.

Motif utama Les’ Copaque bekerjasama dengan pihak Muzium Negara adalah untuk menggalakkan anak-anak kecil dan remaja supaya mengisi masa mereka dengan melawat ke muzium. Apa yang lebih menarik lagi, bagi setiap pembelian tiket masuk ke pameran ini pengunjung akan mendapat baucer makanan percuma tajaan KFC Holdings Malaysia. Lebih menarik, selain daripada gerai-gerai cenderamata, pelbagai aktiviti pentas juga bakal diadakan termasuklah persembahan teater Upin & Ipin. Tiket boleh didapati dengan harga RM12 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak. Haa, ibu2 semua apa tunggu lagi, jgn lupa bw anak2 untuk ke pameran ‘Jejak Upin & Ipin’ di Muzium Negara yang bakal berlangsung sehingga 31 Disember ini yer...

Friday, 2 December 2011

11.11.11

hai dah lapuk punya tarikh br nak post daa....he3, actually x der istimewa pun ngan tarikh tue cuma yg best my son dah dpt kwn br..haa, sapa lg my lil sis dah selamat melahirkan baby girl pada tarikh berkenaan itupun secara kebetulan bukan dirancang tau..tarikh sepatutnyer pd 17.11.2011...alhamdulillah bertambah lg la ahli keluargaku...lgpun cucu dikalangan aku perempuan cuma sorang jer sebelum nie+ plak ngan si tecik nie jd dua la..si tecik comel nie telah diberi nama QAIREEN RANIA yg bermaksud kebaikan, kesukaan @ kesenangan...so welcome to our family RANIA...

Anakku Jatuh...

Salam Jumaat...lama betul x berblog dgn kemalasan yg melanda + plak ngan keje yg tlalu bnyk kat opis tue buatkan aku tertangguh nak berblog ..he3...last month my lil son terjatuh kat bucu meja..terkena kat kelopak mata..time jatuh tue kuat gak la bunyi, ingatkan x der apa2..masa aku terlangkupkan my son..masyaallah hanya Allah jer tahu perasaan aku masa tue terkoyak + darah kuar x henti2...jantung aku mula terhenti seketika..camana blh jd camnie, terus aku ngan my hubby bw ke klinik ..sampai2 jer doktor ckp koyak dlm nie kena bw hospital sbb melibatkan mata..kena jahit kat sana..apa lg kami terus ke sana .. dlm hati aku terus berdoa moga2 x der apa2 la kat mata my son...hu3..lepas nie mmg aku akan berjaga2 la memandangkan dia pun makin lasak... so mommies kat luar sana aku nak pesan jaga la anak kita..lebih2 lg persekitaran kita jgn ada gangguan dr segala yg boleh membuatkan anak kita jatuh @ apa sajer...

Wednesday, 23 November 2011

Doa amalan bg ibu yg menyusukan anak...

"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."

Surah al-Hujurat & al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite.Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.
Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....

Thursday, 20 October 2011

Penyimpanan Susu Ibu

salam mommies..ari nie nak bg info sikit ttg penyimpanan susu ibu, mgkin mommies kat luar sana ada yg x tau lg cara2 nak menyimpan susu ibu..so ari nie kita sama2 share cara2 penyimpanan SI nie..k...

Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.
Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
  1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
  2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
  3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
  4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan
Panduan asas penyimpanan susu ibu:
  • bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
  • catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
  • simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  • jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  • jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  • sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  • jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk
Maklumat Tambahan:-

1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).
2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.
3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.
4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu  segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.
5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

**info http://www.momschoice.com/

Wednesday, 12 October 2011

Makanan Pantang Selepas Bersalin

Ramai orang berpendapat ibu-ibu menyusu dan mengandung perlu berpantang dalam pemakanan mereka bagi mengelakkan komplikasi kepada bayi ketika melahirkan anak atau pun selepas anak itu dilahirkan bagi ibu yang menyusukan bayi.

Sama ada memilih untuk berpantang atau tidak ia adalah hak individu itu sendiri. Antara pantang larang yang biasa diamalkan oleh masyarakat melayu.

(1) Jangan makan makanan yang "tajam" sewaktu mengandung
Paling biasa kita dengar adalah pesanan jangan makan nenas kerana takut kandungan keguguran. Ada sesetengah individu masih mengamalkan pantang larang ini. Manakala individu yang lebih "moden" berpendapat nenas adalah baik untuk kesihatan kerana ia kaya dengan vitamin C.

(2) Jangan makan makanan "sejuk" dan "berangin"
Seperti yang kita ketahui makanan seperti pulut,labu dan ubi boleh menyebabkan kembung perut. Manakala sayur seperti kubis dan tembikai pula dikatakan "sejuk" bagi peranakan wanita. Bagi wanita yang menyusukan bayi, makan makanan berangin boleh menyebabkan kembung perut bukan saja kepada dirinya sendiri, malahan kepada bayi yang disusukannya.

(3) Jangan makan makanan pedas
Makanan yang pedas ditakuti akan menyebabkan bayi sakit perut dan cirit-birit.

(4) Pantang minuman yang mengandungi kafein
Minum kopi dan teh ketika menyusukan bayi dikatakan boleh menyebabkan bayi sukar tidur malam dan menjadi lebih aktif.

Ada ibu-ibu yang sangat mengikuti pantang larang orang tua-tua ini, tetapi ada juga yang tidak begitu menghiraukannya kerana beranggapan bahawa pantang larang ini telah pun lapuk. Walau pun minuman berkafein memang sedikit sebanyak boleh menyebabkan bayi sukar tidur sekiranya diambil dengan banyak, tetapi belum ada fakta saintifik menunjukkan bahawa makan nenas boleh menyebabkan keguguran.

Tepuk dada tanya selera. Secara peribadinya, saya tidak begitu mengikuti pantang larang sama ada ketika mengandung, ketika dalam pantang selepas bersalin mahu pun ketika dalam tempoh menyusukan bayi tetapi saya sentiasa makan dalam jumlah yang berpada-pada.

Bagaimana pun, bagi ibu-ibu yang pernah menunjukkan reaksi alergi terhadap mana-mana makanan, disarankan elakkan memakannya ketika dalam tempoh penyusuan kerana ditakuti bayi turut menunjukkan reaksi alahan terhadap makanan tersebut.


**info: http://susu-terbaik.blogspot.com/2009/07/makanan-pantang-dan-pantang-yang.html

Thursday, 6 October 2011

Penjagaan selepas bersalin

ok..ari nie aku nak share kat bakal ibu penjagaan selepas bersalin lak...Seseorang ibu yang baru melahirkan anak haruslah menjaga kesihatan diri dan bayi dengan sempurna dan teratur.Penjagaan kesihatan penting agar ibu tetap sihat dan ceria selepas bersalin.

1.Kebersihan Diri
  • Amalkan mandi sekurang-kurangnya sekali sehari
  • Pakai pakaian bersih dan selesa dan ditukar setiap hari
  • Tukar tuala wanita kerap
  • Pastikan luka akibat bersalin atau pembedahan di dalam keadaan bersih dan kering
2.Pemakanan
  • Makan pelbagai jenis makanan berasakan piramid makanan
  • Minum 6-8 gelas air
  • Banyakkan pengambilan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan
3.Penyusuan Susu Ibu
  • Bersihkan payudara setiap hari
  • Gunakan coli yang bersih dan selesa
  • Susukan bayi dengan kerap
4.Rehat dan Senaman
  • Lakukan senaman ringan mengikut kemampuan
  • Rehat yang secukupnya
5.Amalan Bahaya Dan Pantang Larang
  • Elakkan amalan pantang larang yang bahaya seperti sekak dan salai
6.Tanda -tanda Bahaya
  • Demam panas
  • Pendarahan berlebihan dan berlarutan
  • Anemia
  • Pening/Sakit kepala
  • Sakit kaki atau bengkak
  • Sakit betis
  • Sesak nafas dan sakit dada
  • Meroyan
  • Sukar buang air kecil
  • Sakit dan keluar nanah dari luka kesan bersalin atau pembedahan
Dapatkan rawatan segera sekiranya terdapat tanda seperti di atas
7.Perancang Keluarga
Amalkan kaedah perancang keluarga yang sesuai untuk menjarakkan kehamilan
8.Rawatan Lanjut
Dapatkan rawatan lanjut 6 minggu selepas bersalin dari klinik atau hospital yang berhampiran.

Monday, 3 October 2011

BPA Free @ With BPA..????

What is BPA? – BPA ni singkatan utk Bisphenol A (Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat)
Apa yg bahayanya? – menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi (bahan ni bertindakbalas dgn suhu mendidih)
Mcmne nak tau botol BPA?
kod identifikasi bpa
Ni kodnya utk tau botol yg ada BPA….biasanya kod ni diletak dibawah botol.
Lagi satu nak kenal botolnya keras dan lutsinar (jernih)...(botol bumble bee n safety plus dikira selamat wpun  botol tu jernih n lutsinar sbb bernombor selain 7) confirm botol ni BPA free.

** mommies2 yg belum berkemampuan utk guna botol BPA free, botol with BPA masih bole dipakai dgn cara yg betul.
Cara nak handle botol with BPA:
# Steril botol susu dgn air mendidih 5-10 minit, tunggu betul2 sejuk baru gunakan.
#Jgn bancuh susu dgn air panas secara terus dalam botol BPA
# IF ada calar, or rosak mesti terus tukar.
# Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan.

Harap info cukup jelas ..lepas ni nak beli botol pastikan :
  • yang diperbuat daripada polypropylene (PP)
  • polyethersulfone (PES)
  • polyamides (PA)
  • kaca

Friday, 30 September 2011

Buat ibu-ibu yang sedang menanti kelahiran anak anda..

kat bwh nie ada sedikit info tuk para bakal ibu..ihsan dari www.ratuhati.com


Tanda-tanda Hampir Bersalin Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita. Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
Pecah air ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
Kontraksi yang tetap dan berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel
"Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"

Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.
Sumber:
  • When Labor Begins, babies.sutterhealth.org
  • Labor Signs, webmd.com
  • Ingin Tahu Tanda Bersalin, hmetro.com.my

Tips Penjagaan Bayi / Kesihatan Anak

salam semua mommies..camana rasa ari nie ada cihat ker..alhamdulillah, sy dah beransur sihat dr jangkitan virus yg melanda bdn nie beberapa hr yg lepas so dah leh la nak mengarang he3...ari nie nak bg tips sikit khas wat yg bakal bgelar ibu, semoga pngalaman ini dpt dikongsi bersama wat mommies semua..

dulo2 sy biasa tgk org akan letak bedak kat bahagian 'tut' bayi masa pakaikan lampin atau pampers..sbnrnya penggunaan bedak nie terutama pd bayi gegirl akan mendatangkan masalah di kemudia hari iaitu masalah pd rahim yg boleh mengakibatkan barah..jd kalau nak elakkan ruam pada 'tut'(bg pada bayi yg sensitif), bolehlah sapukan vaselin pd punggung bayi sblm memakai diapers..vaselin nie utk mengelakkan air kencing dari melekat pd punggung..selain dr vaselin, baby oil pun boleh letak kat punggung..kat bwh nie ada sedikit tips penjagaan diapers dan kebersihan..

Diapers Dan Penjagaan Kebersihan
1. Untuk bayi berusia 6 bulan dan ke bawah : jangan biarkan bayi anda memakai diapers melebihi 6 jam tanpa ditukar. Bayi berusia 6 bulan ke bawah memerlukan penjagaan kebersihan 3 kali ganda berbanding bayi berusia 6 bulan ke atas.

2. Jangan lewat menukar diapers anak anda melebihi 15 minit selepas dia membuang air besar. Ia boleh menjadi punca alahan kulit. Ini kerana apabila najis bayi dibiarkan lama, ia akan bertindak balas dengan air kencing dan menyebabkan ruam pada kulit bayi terutama yang memakai diapers dari jenis plastik (bukan breathable).

3. Galakkan anak anda ke bilik air sebaik sahaja usianya mencecah 2 tahun. Pemakaian diapers tidak seharusnya berlanjutan. Anak anda perlu dilatih lebih awal untuk memudahkan aturan sistem pembuangan yang baik.

4. Diapers yang baik adalah diapers yang memiliki kadar resapan yang tinggi. Ini kerana setiap titis air kencing yang mengalir di kulit boleh mengundang risiko jangkitan kuman.

5. Jangan taburkan bedak pada alat sulit bayi, terutamanya bayi perempuan kerana ia boleh memudaratkan saluran pembuangan air kecil. Adalah lebih baik menggunakan krim kerana bedak juga boleh mengganggu kadar resapan cecair pada diapers.

Sumber dipetik dari : "Penggunaan Diapers Kanak-kanak" ; kertas kerja yang dibentangkan dalam SEMINAR PENJAGAAN KANAK-KANAK DAN BAYI, 2002.
 
 
 
p.s: so mommies camana ada dpt tak sedikit tips ari nie..next time sy citer lain plak tips okay...

Wednesday, 28 September 2011

entry ntah apa2 ntah...

ha amik ko tajuk ntah apa2 ntah..aku tgh kebosanan sbnrnyer, tgh menahan kesakitan dlm bdn nie..nak mengarang pun jd malas...so jd camnie la..layan jer la kemalasan aku nie..hu3....

Saturday, 24 September 2011

open house...

salam..sory lama dah x updated blog, bersawang2...hu3..so camana ngan raya korang suma mesti best kan...mesti sibuk g sana sini open house he3...aku dr mula2 raya sampai la nak abis syawal nie memanjang jemputan open house..1 hari 3,4 buah umah..alhamdulillah rezeki jgn ditolak..kan..kan..;)..yer la kiranya tahun nie, tahun aku balas dendam la nak mkn apa saja sbb tahun lepas aku tgh pantang time raya..hu3..so thn nie apa lg..masa utk mkn sepuas2nyer...GAMBAR..?? sory la aku x sempat nak snap apa2 pun sibuk dok mentekedarah..he3(teruk jer bunyinyer cam x mkn setahun)..ok la..peringatan terakhir kps all mommies semua yg BF kan baby tue..mkn kena ingat k jgn main pulut pulun jer kesannyer kat baby kita..ingat tue....

Thursday, 25 August 2011

mood raya suda dtg..

raya..raya..raya..haa tgl beberapa hari jer lg kita semua nak sambut raya kan....korang2 semua camana persiapan raya tahun nie, dah prepared abis ker semua..aku ada  cikit jer lg itu pun my hubby punya brg...kuih raya dah wat ker..aku still wat lg yer la x der masa dah nak wat cam dulu2..sejak ada anak dan tgl berasing ngan family lg laa.....ingat lg masa zaman dulo2 time2 bujang lepas sahur atau berbuka jer mesti gotong royong ngan my mum wat biskut raya sampai 1 hari berjenis2 la...best rasenyer kan biler teringat time dulo2..he3..agak2nyer ada tak kenangan tue lg next2 akan dtg..hopefully la....ok la kepada yg dok jauh2 tue semoga selamat sampai ke destinasi yer...bw kete tue carefully jgn sampai terbabas sudah sbb mood raya sudah dtg...k..selamat hari raya , mohon ampun & maaf ..

Tuesday, 2 August 2011

My Son 11 Month

Yeehhaaaa...he3...hari nie my son genap 11 bulan (02/08/11)..membesar dgn sihat, sempurna dan semoga menjadi anak yg soleh..amin..

Perkembangan bayi 11 Bulan:-

Berdikari secara fizikal

Sekarang, cuma tinggal satu bulan saja sebelum harijadi pertama bayi anda dan anda harus sedar yang dia bukan lagi seorang yang tidak boleh bertindak sendiri tanpa anda. Walaupun dia masih memerlukan banyak jagaan dan bantuan, tetapi tahap berdikarinya kian meningkat – jelas apabila melihat dia berdiri, membongkok dan mencangkung – yang semakin menonjol. Dia mungkin boleh berjalan dengan memegang tangan anda dan dia akan mengulurkan lengan atau kakinya untuk membantu anda memakaikan pakaiannya. Pada waktu makan, dia mungkin boleh memegang cawan dan minum sendiri (walaupun sesetengah kanak-kanak tidak boleh membuat ini untuk beberapa bulan lagi) dan boleh menyuap dan menghabiskan makanannya dengan sendiri.

Apa yang menarik ialah, apabila anak anda pandai memegang cawan dan minum sendiri, masa inilah anda mesti belajar bagaimana nak mengelak, sebab sudah tentu dia akan melontarkan saja cawan itu apabila selesai walaupun ada kalanya dia meletakkan cawan secara lembut. Dia juga akan menjatuhkan objek dengan sengaja untuk dikutip oleh orang lain, barangkali mengharapkan anda juga.

Buku untuk si pembaca kecil

Bayi anda seronok melihat buku, walaupun dia tidak akan membukakannya sehelai demi sehelai. Dia juga akan mempunyai buku kegemarannya yang dia akan mahu mengulangi berulang-kali.

Membentuk peribadinya sendiri

Pada usia ini, bayi anda mula menjadi asertif dengan adik-beradiknya dan mula menyertai permainan secara selari – bermain hanya di sampingan (tetapi bukan bersama) kanak-kanak yang lain. Dia juga akan memilih sesuatu selimut atau anak patung lembut sebagai objek sekuriti untuk mendampinginya.

Tiba masanya untuk menetapkan batasan

Bayi anda mungkin sudah boleh memahami arahan mudah dan dengan sengaja akan memilih untuk tidak mendengar cakap anda apabila anda mengatakan “tak boleh.” (Untuk menegaskan ungkapan tersebut, hanya gunakannya untuk perkara-perkara yang betul-betul merbahaya.) Walaupun pada keesokan harinya, bayi anda tidak akan ingat lagi apa yang anda katakan pada hari ini, namun, bukanlah terlalu awal untuk anda menetapkan batasan-batasan dan mula mengajarnya apa yang betul dan apa yang tidak.

Anda bukannya bersikap kejam jika anda tidak membenarkannya makan satu keping kek lagi; anda hanya menetapkan batasan. Jika dia menarik ekor anak kucing, alihkan tangannya, pandang mukanya dengan serius dan katakan, “Jangan, itu menyakitkan kucing.” Kemudian, ambil tangannya dan tunjuklah dia bagaimana untuk membelai kucing dengan lembut. Dia lebih suka meneroka daripada mendengar amaran anda, jadi anda mesti bijak mencari jalan untuk melindungi dan mengajarnya. Apa yang anda terlihat seakan-akan bantahan, sebenarnya bukan begitu; ia hanyalah perasaan semulajadinya untuk mengetahui bagaimana dunia sekelilingnya bergerak dan wujud.

Bercakap tak terhingga

Bunyi-bunyi perkataan dan bunyi yang mirip perkataan akan diungkapkan oleh bayi anda – dan digunakan secara bermakna. Apabila lobus frontal otak bayi anda bertumbesar, serentak dengan keupayaan kognitif tinggi seperti penaakulan dan pertuturan, adalah baik jika anda dapat menggalakkan minatnya terhadap bahasa dengan mendengar bersungguh-sungguh dan membalas kata-kata dan celotehnya. Interaksi seperti ini adalah penting untuk membiasakannya dengan komunikasi dua hala. Bermain permainan bertepuk-tepuk tangan, contohnya patta-cake dan permainan sekejap-nampak, sekejap-tidak atau peek-a-boo akan membantunya menajamkan daya ingatannya.

Pada usia ini, bayi anda mungkin boleh mengajuk bunyi perkatan serta infleksi bunyi dan juga tingkah-laku tertentu. Dia juga mungkin boleh mematuhi arahan mudah seperti "Tolong ambilkan saya bola itu" atau "Angkat sudu itu." Bantu dia belajar dengan memberi arahan secara mudah, langkah demi langkah supaya senang diikuti.

Hargailah masa yang singkat tetapi istimewa ini, iaitu semasa kemahiran komunikasi bayi anda sedang berkembang. Ini boleh dikatakan kebolehan yang paling penting yang diperolehi olehnya.

Salam Ramadhan

Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan al-Mubarak…  ramadhan is here again!

Saya mengucapkan selamat menyambut ramadhan buat semua.. semoga ramadhan kali ini disambut dengan penuh keberkatan… dan sama-samalah kita berdoa agar ramadhan kita kali ini lebih baik dari sebelumnya…

Tuesday, 26 July 2011

Doa anak sempurna

Doa mendapat anak yang sempurna. "Ya Allah, Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami, sebagai penawar hati dan cahaya mata yang mententeramkan jiwa, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang bertaqwa" SURAH Al Furqan : 74

Bakal Ibu

Saya faham pasti mommies2 kat luar sana berdebar-debar menanti saat kelahiran sikecil permata hati. Dialah penawar hatimu, dialah yang dinanti-nantikan selama ini. Rumah-tangga yang kosong menjadi riang lantaran tangis-tawa insan bernama anak.
Namun persoalannya adakah anda bersedia menghadapi ujian menjadi seorang ibu.
Duhai wanita? betapa pahit dan betapa manisnya mendapat gelaran ibu. Pelbagai onak dan duri perlu dilalui.
Yang paling penting sekarang adalah menyiapkan diri anda sebagai bakal ibu supaya anda akan dapat memberi yang terbaik terhadap bayi anda dan mengenepikan persoalan yang berkecamuk itu. Dialah bakal mewarisi anda. Dialah kawan di kala sepi dan lawan di kala dia membesar. Dialah yang akan menemani anda insyaallah mudah-mudahan sampai ke akhir hayat.
Hargailahnya! dan jangan sia-siakannya .... duhai ibu.

Cara Memasak Bubur Nasi

Sesetengah ibu selesa memberikan bayi mereka bijirin segera yang dibeli di kedai-kedai. Namun ramai juga yang rasa lebih yakin memberikan bayi mereka bubur nasi yang dimasak sendiri. Memasak bubur nasi bayi tidak rumit, cuma ianya agak leceh. Ianya boleh dipermudahkan, jika anda kreatif mencuba cara baru...

Cara 1
Masak nasi seperti biasa.
Ambil nasi mengikut kadar yang bayi makan.
Kisarkan nasi dan beberapa sudu susu menggunakan alat pengisar.
Cairkan dengan menambahkan susu lagi jika perlu.
Tambahkan kepekatan dengan mengurangkan jumlah susu apabila anak sudah semakin selesa makan bubur yang lebih pekat.

Cara 2
Basuh beras mengikut kuantiti bayi makan (atau lebih).
Goreng beras tanpa minyak dengan api kecil sehingga beras keperang-perangan.
Setelah beras sejuk, kisarkan sehingga menjadi serbuk dengan alat pengisar kering.
Simpan dalam bekas kedap udara.
Jika anda ingin memasaknya, ambil mengikut kuantiti bayi makan.
Bancuhkan dengan air dan kacau sehingga rata.
Jerangkan di atas api kecil sehingga bubur mendidih beberapa minit.
Campurkan susu jika ingin bubur nasi bersusu.

Cara 3
Masak nasi seperti biasa.
Apabila nasi hampir kering, cedukkan sedikit nasi (amaun bubur yang bayi makan) dan masukkan ke dalam mangkuk yang tahan panas.
Masukkan air mendidih ke dalam nasi dalam mangkuk tadi.
Letakkan mangkuk tadi di atas nasi sebelum anda menutup periuk nasi dengan penutupnya.
Biarkan sehingga nasi masak dan bubur nasi bayi lembut.
Ini untuk bayi yang besar sedikit.(Petua Shiha)

Cara 4
Beras dicampur dengan air dengan nisbah 1 beras : 4 air.
Masak dengan api kecil sehingga beras kembang dan pecah.

Cara 5
Masak menggunakan slow cooker.

Wednesday, 20 July 2011

berkurun x updated..huhuhu

ya ampun..lama dah x updated my blog...dah bersawang2 ..sory2 k...semenjak 2 menjak nie busy sesangat, kiranya dlm bulan Julai nie bulan busy la..dengan si tecik demam lagi....adooiii pening kepala nie sampai aku pun dah nak demam gak..cepat sembuh yer syg..nanti ibu belikan baju tuk adik k..

Friday, 1 July 2011

Membanyakkan Air Susu Badan Selepas Bersalin..

entry ari nie nak bg petua cikit kat all mommies yg baru bersalin nak memperbanyakkan susu bdn ;-

  1. Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari.
  2. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
  3. Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari.
  4. Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.
**bnyk lg petua nak membanyakkan air susu bdn nie..kalau ada nanti kita share sesama erk...

Wednesday, 29 June 2011

Petua Hilangkan Batuk..

Selesema my son belum lg baik dah dtg plak batuk2....adooyaaiiii..kecian kat my son biler bgn jer dr tido mula la batuk2...dgr pun dah mcm batuk berkahak jer...ubat dah bg tp still x mo hilang gak batuk tue..pening pala ibu memikirkan camana nak hilangkan batuk adik...apalagi ibu pun buka google cuba search petua cara2 nak hilangkan batuk pd bayi..antara petua yg ibu jumpa ialah;-

Makan madu asli.. Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil.. Kalau rasa madu tu macam pekat jer,boleh tambah air sikit.. Orang dewasa pun boleh amalkan juga makan madu ni kalau batuk. Untuk orang dewasa 1 sudu besar..

  • Cara kedua pulak boleh guna kunyit hidup atau bawang putih. Kunyit hidup tu, gosok la kat mana2 permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit tu dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi.. Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih tu tapi jgn la sampai hangityer.. Caranya sama jer guna kunyit, gosok, ambil serbuk,kemuadian campur dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi..

  • Cara ketiga, jika anak batuk berkahak dan selsema... Boleh gunakan daun kaduk. Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti..
  • Cara keempat, kalau anak kita dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari.. InsyaAllah batuk akan hilang...
**kpd all mommies kat luar sana..sesiapa yang ada petua lain selain dari kat atas, meh la kita share sama2 yer

Monday, 27 June 2011

Boy Kid Game Ben10 Educational Laptop

akhirnya dpt gak my son boy kid game a.k.a laptop..he3..bukan x der jual kat mana2 shopping complex tp ibu nak cr yg murah2 jer sbb kalau beli yg mahal nanti adik rosakkan..dah rugi..tp yg bestnyer function laptop nie best la..sbb produk nie ada 32 pembelajaran dlm Bahasa Inggeris dan Cina termasuk lagu2, belajar surat2 dlm bahasa inggeris, pengajian phonetic, ejaan, soalan2 & mcm2 lg utk anak2 kita belajar bahasa inggeris dgn cara yg seronok..w'pun my son masih 9 bulan, x salah rasanyer kita dedahkan semua nie dari peringkat awalkan...apa2 pun thanks 2 mak lang a.k.a my sist in law yg belikan my son educational laptop nie...adik main elok2 yer jgn rosakkan tau...cian mak lang g cr belikan tuk adik...

nie la rupanyer gambar laptop tue ..ok tak..???