Blogger Templates

Wednesday 29 June 2011

Petua Hilangkan Batuk..

Selesema my son belum lg baik dah dtg plak batuk2....adooyaaiiii..kecian kat my son biler bgn jer dr tido mula la batuk2...dgr pun dah mcm batuk berkahak jer...ubat dah bg tp still x mo hilang gak batuk tue..pening pala ibu memikirkan camana nak hilangkan batuk adik...apalagi ibu pun buka google cuba search petua cara2 nak hilangkan batuk pd bayi..antara petua yg ibu jumpa ialah;-

Makan madu asli.. Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil.. Kalau rasa madu tu macam pekat jer,boleh tambah air sikit.. Orang dewasa pun boleh amalkan juga makan madu ni kalau batuk. Untuk orang dewasa 1 sudu besar..

  • Cara kedua pulak boleh guna kunyit hidup atau bawang putih. Kunyit hidup tu, gosok la kat mana2 permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit tu dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi.. Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih tu tapi jgn la sampai hangityer.. Caranya sama jer guna kunyit, gosok, ambil serbuk,kemuadian campur dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi..

  • Cara ketiga, jika anak batuk berkahak dan selsema... Boleh gunakan daun kaduk. Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti..
  • Cara keempat, kalau anak kita dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari.. InsyaAllah batuk akan hilang...
**kpd all mommies kat luar sana..sesiapa yang ada petua lain selain dari kat atas, meh la kita share sama2 yer

Monday 27 June 2011

Boy Kid Game Ben10 Educational Laptop

akhirnya dpt gak my son boy kid game a.k.a laptop..he3..bukan x der jual kat mana2 shopping complex tp ibu nak cr yg murah2 jer sbb kalau beli yg mahal nanti adik rosakkan..dah rugi..tp yg bestnyer function laptop nie best la..sbb produk nie ada 32 pembelajaran dlm Bahasa Inggeris dan Cina termasuk lagu2, belajar surat2 dlm bahasa inggeris, pengajian phonetic, ejaan, soalan2 & mcm2 lg utk anak2 kita belajar bahasa inggeris dgn cara yg seronok..w'pun my son masih 9 bulan, x salah rasanyer kita dedahkan semua nie dari peringkat awalkan...apa2 pun thanks 2 mak lang a.k.a my sist in law yg belikan my son educational laptop nie...adik main elok2 yer jgn rosakkan tau...cian mak lang g cr belikan tuk adik...

nie la rupanyer gambar laptop tue ..ok tak..???

Friday 24 June 2011

Selsema...

Mlm tadi my son dijangkiti selesema plak....yg peliknyer biler en hubby xder kat umah jer mesti my son x sht..hu3..cian kat my son asyik meragam jer sbb hdg x selesa..Seksa giler bila hingus asyik nak meleleh je... Rasanya ramai dah tau kot camana petua nak hilangkan selsema bayi ni... Yela,biasanya kalau bayi bawah 1 tahun, doktor tak bagi ubat selsema, kalau teruk sangat pun mungkin doktor bagi sedut gas. Betul tak?

Petua yg selalu sy guna yg diajar oleh my mom ialah amalkan guna kunyit hidup..sapu kat batang hidung dia dan ubun2 rambut..kesannya akan ada bekas kuning la kat hidung tue..insyaallah selesema akan berkurangan..

kalau mommies kat luar sana ada petua lain ..meh la share yer...

Thursday 23 June 2011

Rahsia Tangisan Bayi

Tangisan adalah satu2nya cara bg bayi menyampaikan perasaan & keinginannya. Ketahuilah bahawa tangisan bayi bukanlah suatu bunyi yang terhasil secara rawak, tetapi ia adalah merupakan satu bentuk komunikasi. Menurut pengkaji , seorang bayi yg LETIH / PENAT & INGIN TIDUR akan menunjukkan tanda2 berikut:-


# Bayi akan menangis & akan mengeluarkan p'kataan 'OWH'..
# Mulut bayi berbentuk 'O' dan seperti menguap..
# Menggosok2 mata..
# Bibir mata bayi kemerah-merahan..
# Pergerakan bayi akan tersentak2..
# Menarik Telinga..
# Menggeliat..
# Menolak badannya ke atas..
# Menggaru2 kepala..


Biasanya, setiap kali bila bayi menangis, ibunya akan terus menyusukannya.Ketahuilah bahawa lapar bukanlah satu-satunya sebab bayi menangis! Selain dari LAPAR, bayi anda akan menangis bila menghadapi keadaan-keadaan berikut iaitu PENAT, KEMBUNG PERUT, TIDAK SELESA, PERLU SENDAWA dan beberapa sebab lagi


**Psstt:- Jadi kepada ibu2 di luar sana,  fahami  tangisan bayi anda & penuhi  kehendak2 mereka..dgn itu bayi anda jd lebih ceria..

Alahai .. Anak Ibu

When you have kid u will probably have the hobby of snapping their pic in whatever situations, right?!! like me & my hubby..we all's like to snap the pics of our Miracle Baby everyday..every second.....every minute....

ibu 'n' ayah gonna mish u more when u  grown up ...miss & love u son...muaahhhh..

Tips Penjagaan Bayi







Tuesday 21 June 2011

Ragam Anak

1. Setiap bayi adalah berlainan... Elakkan membandingkan anak anda dengan abang/kakaknya atau bayi orang lain.. Asalkan bayi sihat dan mengikut carta perkembangan yang disyorkan, okay lah tu... Jika anda terlalu risau perkembangannya, bercakaplah dengan doktor anda....
2. Oleh kerana tak sabar, si ayah yang menunggu anak kecil 3 tahunnya mengisi susu di dalam cawan memarahi anaknya... "Apa ni? Tumpah tumpah..." Biar anak buat silap, jangan marah.. dia dalam proses belajar... Jika dimarahi terencat keinginannya lain kali untuk belajar... lagipun dia lebih cepat belajar kalau dia buat salah.... Cuba cakap baik-baik... "Kakak.. tuang susu begini...."

3. Anda tahu bagaimana ketam berjalan? Ke sisi! Jadi, anda jangan jadi seperti ketam, ajar anak berjalan lurus... sedangkan diri sendiri.... Tunjuk contoh yang baik... kerana si kecil sentiasa melihat anda.. dan dia akan cuba meniru! Ini pun bagus untuk kita sendiri... secara tak langsung kita pun akan amalkan nilai-nilai baik, adab sopan dalam hidup kita walaupun mungkin mula-mulanya hanya di depan anak! :-)
4. Kadang-kadang kita berhadapan dengan cakap-cakap orang yang mengajar kita tentang cara menjaga anak... kadang-kadang betul, tapi kadang-kadang tak semuanya betul..... maka... anda kene percaya naluri keibuan anda.... jika anda rasa anak anda dah cukup dengan susu badan dan sedikit makanan pelengkap, maka tak perlulah terusik dengan kata orang yang anak anda tak kenyang....
5. Sekali-sekala, jangan buat apa-apa! Biarkan anak main sendirian, tanpa aktiviti yang kita rancang... Kita cuma kena awasi je dia... Dengan cara ni dia akan bosan, akhirnya dia akan menggunakan kretivitinya sendiri untuk mencipta aktiviti yang boleh buatkan masanya terisi... Mungkin dia akan main bawang di dapur, atau menconteng kertas, menyusun hanger... biarkan.. biarkan...
6. Anda mungkin dah tetapkan, makanan tak boleh jadi hadiah, makanan tak boleh jadi hukuman... sesekali timbangkan semula peraturan yang anda buat tentang hadiah... beri dia biskut jika dia berhenti mengamuk ketika anda membeli-belah... tapi hanya sesekali tau... kalau dibuat kerap, dia akan anggap biskut, gula, atau permainan lebih bernilai daripada pelukan dan ciuman anda kerana dia berkelakuan baik...
7. Kalau anak buat silap, jangan terus dihukum... tengok dulu, periksa dulu, tanya dulu, kenapa dia buat begitu... Anak anda bukan sengaja berkelakuan tidak baik... Adik dipukulnya, mungkin kerana kita tidak memberikan perhatian sewajarnya kepada dia... mentang-mentanglah baru dapat baby baru... atau pinggan dibalingnya, mungkin kerana kita dia bukan nak makan, tapi dia cuma nak minum susu....
8. Anak anda semakin lama semakin besar... maka anda kene belajar terima perubahan! Jika dulu mungkin dia suka main mainan yang anda belikan tu.. tapi selepas beberapa lama, mungkin mainan tu tak terusik pun...

Pengalaman Menjadi Seorang Ibu dan Ayah

Menjadi seorang ibu dan ayah merupakan pengalaman yang paling membahagiakan bg semua bakal ibu & ayah.Pengalaman mengandung selama 9 bulan 10 hari merupakan sesuatu yang mesti dilalui oleh setiap bakal ibu. Pada 2 September 2010 merupakan tarikh keramat dlm hidupku lahirnya seorg putera yang amat kusayangi Muhamad Harith Ashraff b. Muhamad Hafizee. Walaupun mengalami kepayahan sewaktu melahirkan namun berkat doa suami dan keluarga yang sentiasa di sisi kutabah m'hadapinya. Alhamdulillah semuanyer selamat...Amin..

My 1st Entry

Salam...u olls, wah dah ada blog..sebenarnya hati nie mmg dah lama t'ingin nak ada blog sendiri cam org2 lain, cuma x der kesempatan jer nak berblog he3...bukannyer apa dgn adanyer blog nie boleh la kita sharing2 apa yg patut ye tak..?? bak org kata 'Sharing Is Caring' harap2 dapat la updated entry 2,3 sehari..insyaallah kalau ada kelapangan la yer...ok la x mo ckp panjang lebar..tg jer la apa2 yg kita boleh sharing sama2 erkk....