Blogger Templates

Thursday 20 October 2011

Penyimpanan Susu Ibu

salam mommies..ari nie nak bg info sikit ttg penyimpanan susu ibu, mgkin mommies kat luar sana ada yg x tau lg cara2 nak menyimpan susu ibu..so ari nie kita sama2 share cara2 penyimpanan SI nie..k...

Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.
Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
  1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
  2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
  3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
  4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan
Panduan asas penyimpanan susu ibu:
  • bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
  • catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
  • simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  • jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  • jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  • sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  • jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk
Maklumat Tambahan:-

1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).
2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.
3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.
4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu  segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.
5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

**info http://www.momschoice.com/

Wednesday 12 October 2011

Makanan Pantang Selepas Bersalin

Ramai orang berpendapat ibu-ibu menyusu dan mengandung perlu berpantang dalam pemakanan mereka bagi mengelakkan komplikasi kepada bayi ketika melahirkan anak atau pun selepas anak itu dilahirkan bagi ibu yang menyusukan bayi.

Sama ada memilih untuk berpantang atau tidak ia adalah hak individu itu sendiri. Antara pantang larang yang biasa diamalkan oleh masyarakat melayu.

(1) Jangan makan makanan yang "tajam" sewaktu mengandung
Paling biasa kita dengar adalah pesanan jangan makan nenas kerana takut kandungan keguguran. Ada sesetengah individu masih mengamalkan pantang larang ini. Manakala individu yang lebih "moden" berpendapat nenas adalah baik untuk kesihatan kerana ia kaya dengan vitamin C.

(2) Jangan makan makanan "sejuk" dan "berangin"
Seperti yang kita ketahui makanan seperti pulut,labu dan ubi boleh menyebabkan kembung perut. Manakala sayur seperti kubis dan tembikai pula dikatakan "sejuk" bagi peranakan wanita. Bagi wanita yang menyusukan bayi, makan makanan berangin boleh menyebabkan kembung perut bukan saja kepada dirinya sendiri, malahan kepada bayi yang disusukannya.

(3) Jangan makan makanan pedas
Makanan yang pedas ditakuti akan menyebabkan bayi sakit perut dan cirit-birit.

(4) Pantang minuman yang mengandungi kafein
Minum kopi dan teh ketika menyusukan bayi dikatakan boleh menyebabkan bayi sukar tidur malam dan menjadi lebih aktif.

Ada ibu-ibu yang sangat mengikuti pantang larang orang tua-tua ini, tetapi ada juga yang tidak begitu menghiraukannya kerana beranggapan bahawa pantang larang ini telah pun lapuk. Walau pun minuman berkafein memang sedikit sebanyak boleh menyebabkan bayi sukar tidur sekiranya diambil dengan banyak, tetapi belum ada fakta saintifik menunjukkan bahawa makan nenas boleh menyebabkan keguguran.

Tepuk dada tanya selera. Secara peribadinya, saya tidak begitu mengikuti pantang larang sama ada ketika mengandung, ketika dalam pantang selepas bersalin mahu pun ketika dalam tempoh menyusukan bayi tetapi saya sentiasa makan dalam jumlah yang berpada-pada.

Bagaimana pun, bagi ibu-ibu yang pernah menunjukkan reaksi alergi terhadap mana-mana makanan, disarankan elakkan memakannya ketika dalam tempoh penyusuan kerana ditakuti bayi turut menunjukkan reaksi alahan terhadap makanan tersebut.


**info: http://susu-terbaik.blogspot.com/2009/07/makanan-pantang-dan-pantang-yang.html

Thursday 6 October 2011

Penjagaan selepas bersalin

ok..ari nie aku nak share kat bakal ibu penjagaan selepas bersalin lak...Seseorang ibu yang baru melahirkan anak haruslah menjaga kesihatan diri dan bayi dengan sempurna dan teratur.Penjagaan kesihatan penting agar ibu tetap sihat dan ceria selepas bersalin.

1.Kebersihan Diri
  • Amalkan mandi sekurang-kurangnya sekali sehari
  • Pakai pakaian bersih dan selesa dan ditukar setiap hari
  • Tukar tuala wanita kerap
  • Pastikan luka akibat bersalin atau pembedahan di dalam keadaan bersih dan kering
2.Pemakanan
  • Makan pelbagai jenis makanan berasakan piramid makanan
  • Minum 6-8 gelas air
  • Banyakkan pengambilan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan
3.Penyusuan Susu Ibu
  • Bersihkan payudara setiap hari
  • Gunakan coli yang bersih dan selesa
  • Susukan bayi dengan kerap
4.Rehat dan Senaman
  • Lakukan senaman ringan mengikut kemampuan
  • Rehat yang secukupnya
5.Amalan Bahaya Dan Pantang Larang
  • Elakkan amalan pantang larang yang bahaya seperti sekak dan salai
6.Tanda -tanda Bahaya
  • Demam panas
  • Pendarahan berlebihan dan berlarutan
  • Anemia
  • Pening/Sakit kepala
  • Sakit kaki atau bengkak
  • Sakit betis
  • Sesak nafas dan sakit dada
  • Meroyan
  • Sukar buang air kecil
  • Sakit dan keluar nanah dari luka kesan bersalin atau pembedahan
Dapatkan rawatan segera sekiranya terdapat tanda seperti di atas
7.Perancang Keluarga
Amalkan kaedah perancang keluarga yang sesuai untuk menjarakkan kehamilan
8.Rawatan Lanjut
Dapatkan rawatan lanjut 6 minggu selepas bersalin dari klinik atau hospital yang berhampiran.

Monday 3 October 2011

BPA Free @ With BPA..????

What is BPA? – BPA ni singkatan utk Bisphenol A (Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat)
Apa yg bahayanya? – menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi (bahan ni bertindakbalas dgn suhu mendidih)
Mcmne nak tau botol BPA?
kod identifikasi bpa
Ni kodnya utk tau botol yg ada BPA….biasanya kod ni diletak dibawah botol.
Lagi satu nak kenal botolnya keras dan lutsinar (jernih)...(botol bumble bee n safety plus dikira selamat wpun  botol tu jernih n lutsinar sbb bernombor selain 7) confirm botol ni BPA free.

** mommies2 yg belum berkemampuan utk guna botol BPA free, botol with BPA masih bole dipakai dgn cara yg betul.
Cara nak handle botol with BPA:
# Steril botol susu dgn air mendidih 5-10 minit, tunggu betul2 sejuk baru gunakan.
#Jgn bancuh susu dgn air panas secara terus dalam botol BPA
# IF ada calar, or rosak mesti terus tukar.
# Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan.

Harap info cukup jelas ..lepas ni nak beli botol pastikan :
  • yang diperbuat daripada polypropylene (PP)
  • polyethersulfone (PES)
  • polyamides (PA)
  • kaca